Wafa Awla
Wafa Awla

Wafa Awla

Wafa Awla merupakan seorang pengarang dan wartawan di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Disember 1994 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan penerima ijazah kewartawanan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai penulis dan wartawan di beberapa agensi media seperti Astro Awani, SelangorKini dan Media Prima Radio Networks (kini dikenali sebagai Media Prima Audio). Kini, Wafa Awla berkhidmat sebagai wartawan hiburan dan gaya hidup di portal Getaran, milik Petra News Group.[1]Beliau juga merupakan seorang penulis lagu dan pernah menulis lirik dan membuah gubahan bagi beberapa lagu, terutamanya bagi sebuah kumpulan The PRISM dan pernah menulis lagu untuk runut bunyi beberapa drama bersiri tempatan di RTM dan Astro.[2]Wafa Awla juga mendapat latihan kepengarangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi Minggu Penulis Remaja pada tahun 2011.Pada tahun 2021, nama Wafa Awla mula dikenali ramai apabila beliau menerbitkan kumpulan puisi dan catatan berjudul Perempuan Dari Masa Lalu bersama JIWA, sebuah imprin milik Jejak Tarbiah.[3]

Rujukan

WikiPedia: Wafa Awla https://podcasts.apple.com/my/podcast/ada-ke-patut... https://podcasts.apple.com/my/podcast/cik-hujan-po... https://www.goodreads.com/book/show/17211850-tadah... https://www.goodreads.com/book/show/25843562-kalam... https://www.goodreads.com/book/show/59007619-perem... https://www.youtube.com/c/ThePRISMOfficial https://www.youtube.com/playlist?list=PLCki6RUQHk6... https://www.youtube.com/playlist?list=PLCki6RUQHk6... https://www.youtube.com/watch?v=RpRUhVWaScA https://www.youtube.com/watch?v=TI_Lz2TloEs&list=O...